Tuesday, November 26, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 1,500 rumah setinggan dirobohkan

    KOTA KINABALU, 30 JULAI – Lebih 1,500 rumah setinggan yang dibina di atas tanah kerajaan telah dirobohkan dalam operasi perobohan yang dijalankan di seluruh negeri setakat ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.

    Beliau berkata operasi itu masih dijalankan dan akan dilaksanakan secara berterusan.

    “Boleh dikatakan semua daerah ada setinggan dirobohkan sama ada dalam kuantiti banyak atau satu per satu. Setakat ini, kita melaksanakan operasi perobohan biasa, tetapi kalau kita menjumpai penghuninya tiada dokumen, kita akan tangkap,” katanya.

    Jauteh berkata enam objektif utama ditekankan dalam pelaksanaan operasi itu termasuk bagi menjamin keselamatan Sabah dan memastikan kawasan terbabit tidak menjadi tempat anasir buruk. 

    “Selain itu, kita mahu membebaskan tanah kerajaan daripada penempatan haram, membanteras jenayah yang berlaku di kawasan ini dapat mengurangkan kadar jenayah sama ada jenayah dari segi harta benda atau narkotik,” katanya. Operasi itu katanya juga dijalankan bagi membantu kerajaan menangani isu kecurian elektrik dan air, selain usaha mengatasi masalah kekotoran sampah sarap di penempatan terbabit. – Bernama

    Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun ketika sidang media sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Ibu Pejabat Polis Kepayan, pada 25 Mac lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda