Lebih 160 kereta dirosakkan dalam jenayah benci

BAITULMAQDIS, 9 DIS – Lebih daripada 160 buah kereta dirosakkan di kawasan Palestin Baitulmaqdis dengan slogan anti-Arab diconteng berhampiran, kata polis Israel hari ini, dalam jenayah benci.

Kereta di kawasan Shuafaat di timur Baitulmaqdis mempunyai tayar bocor akibat dikelar, dengan slogan seperti ‘Arab musuh,’ ‘Tidak ada ruang dalam negara untuk musuh’ dan ‘Apabila Yahudi ditikam kami tidak berdiam diri’ diconteng dalam bahasa Yunani dengan cat merah berhampiran, gambar yang disiarkan oleh media Israel menunjukkan.

Polis berkata anggota mereka ‘terus menggeledah kawasan tersebut untuk mencari suspek yang telah melarikan diri dari tempat tersebut.’

Seorang pegawai tempatan memberitahu penyiar Kann bahawa gambar yang mendedahkan kejadian pemusnah laku itu berlaku semalaman di bawah hujan, dan dalang merupakan golongan agama Yahudi. – AFP

Seorang wanita Palestin melihat tayar keretanya yang dikelar di kawasan Palestin Shuafaat, bersebelahan dengan petempatan Israel Ramat Shlomo, di timur Baitulmaqdis, kelmarin.