Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 16,500 mangsa di Gaza perlu rawatan perubatan segera – WHO

    LONDON, 7 NOV – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata kelmarin lebih 16,500 orang di Gaza memerlukan rawatan perubatan segera, lapor Anadolu Ajansi.

    Dalam hantaran di platform media sosial X, Ghebreyesus berkongsi maklumat mengenai pemindahan pesakit yang dijalankan dari Gaza.

    Beliau memaklumkan bahawa WHO telah memindahkan 19 pesakit tenat dan 93 orang pengiring dari Gaza ke Itali untuk menerima rawatan perubatan, sambil menyatakan penghargaan kepada kerajaan Itali atas solidariti dan sokongan mereka.

    “Kami menggesa lebih banyak negara menerima pesakit dari Gaza memandangkan lebih 16,500 orang masih memerlukan rawatan perubatan segera yang tidak tersedia di Semenanjung itu,” katanya.

    Beliau turut menggesa semua laluan pemindahan, khususnya dari Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur, dibuka bagi memudahkan pemindahan pesakit yang memerlukan bantuan. – Bernama/Anadolu

    Rakyat Palestin yang cedera dalam serangan tentera Israel dibawa ke Hospital Nasser di Khan Younis, Gaza pada 28 Oktober. WHO nyatakan lebih 16,500 mangsa di Gaza perlu rawatan perubatan segera. – Gambar fail AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda