Oleh Siti Nur Wasimah S. BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Mac – Lebih $17,000 berjaya dikutip melalui larian amal Happy Run untuk Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA), Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Persatuan Olimpik Khas Brunei Darussalam (SOBD) dan Yayasan Kanser Kanak-kanak (YASKA). Larian amal yang berlangsung di kawasan Kompleks