Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 170 maut akibat hujan monsun di negeri utara India

    INDIA/ANKARA, 1 OGOS – Angka kematian akibat hujan monsun dan insiden berkaitan di negeri Himachal, utara India tahun ini kini melebihi 170 orang, menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, lapor agensi Anadolu (AA).

    Pusat operasi kecemasan negeri itu memaklumkan, jumlah kematian kini mencecah 173 orang, dengan 281 orang cedera setakat ini. Seramai 36 orang dilaporkan masih hilang.

    Minggu ini, negeri itu sekali lagi dilanda hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat.

    Menurut kenyataan itu, daripada 173 kematian yang direkodkan, 78 berpunca daripada nahas jalan raya manakala 95 lagi akibat pelbagai insiden termasuk lemas, tanah runtuh dan banjir kilat.

    Musim hujan monsun di India kebiasaannya bermula pada Jun dan berakhir pada September. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda