Thursday, April 3, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 1,700 sertai The Alpha Challenge

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Lebih 1,700 orang peserta telah menyertai The Alpha Challenge Brunei yang dianjurkan oleh D’Sunlit Sdn Bhd dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan diadakan di Taman Rekreasi Jalan Menteri Besar, hari ini.

    Acara The Alpha Challenge telah dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku tetamu kehormat majlis. Turut menyertai larian kategori 5km ialah Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mu’min.

    Dalam sesi pertama The Alpha Challenge iaitu Sentinel Challenge, sebanyak dua kategori telah dipertandingkan iaitu kategori 3km dan 5km. Acara dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya majlis penyampaian hadiah sagu hati kepada tetamu kehormat yang disampaikan oleh Pengarah Urusan D’Sunlit Sdn Bhd, Jackson Ting. Acara diteruskan dengan sesi pemanasan badan dan pelepasan larian disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Menurut kenyataan dikeluarkan penganjur, siri seterusnya akan diteruskan pada bulan Oktober, yang mana cabaran tersebut merupakan perlumbaan kompetitif untuk Beta Challenge yang terdiri daripada Kategori 10km manakala Alpha Challenge yang terdiri daripada Kategori 21km akan dilangsungkan pada bulan Disember.

    Sepanjang cabaran, para peserta akan menghadapi pelbagai rintangan yang tersusun di sepanjang cabaran, di mana peserta mesti berusaha untuk mengatasi semua rintangan untuk mendapatkan gelaran sebagai ‘Alpha’.

    Pihak penganjur cabaran berharap acara tersebut akan menjadi pengalaman berharga bagi peserta dan mendorong sikap tidak berputus asa dalam menghadapi cabaran. Sementara itu, pendaftaran bagi cabaran pada bulan Oktober masih dibukakan dan akan ditutup pada penghujung Julai.

    Untuk mendaftar, orang ramai boleh kunjungi laman web The Alpha Challenge dan sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi pihak penganjur.

    YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min turut menyertai cabaran tersebut.
    Yang Berhormat Menteri Kesihatan merasmikan pelepasan larian semasa acara tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda