KUCHING, 24 Julai – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) menyuntik vaksin kepada 17,844 ekor haiwan dalam usahanya membendung penularan wabak rabies atau anjing gila di negeri ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata daripada jumlah itu, anjing merupakan haiwan terbanyak diberikan vaksin iaitu sebanyak 10,204 ekor diikuti kucing (7,595 ekor) dan lain-lain haiwan