Saturday, November 16, 2024
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 2 juta haiwan mati di Mongolia

    MONGOLIA, 27 FEB – Lebih dua juta haiwan mati di Mongolia dalam musim sejuk setakat ini, kata seorang pegawai kerajaan kelmarin, ketika negara itu mengalami cuaca sejuk dan salji yang melampau.

    Negara yang dikelilingi daratan itu sering dikaitkan dengan cuaca buruk dari Disember hingga Mac, apabila suhu menjunam serendah negatif 50 darjah Celsius di beberapa kawasan.

    Namun musim sejuk itu lebih teruk daripada biasa, dengan suhu yang lebih rendah dan salji yang sangat lebat, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan baru-baru ini.

    Sehingga hari ini, 2.1 juta ekor ternakan mati akibat kebuluran dan keletihan, kata Gantulga Batsaikhan dari Kementerian Pertanian negara itu.

    Statistik rasmi menunjukkan Mongolia mempunyai 64.7 juta haiwan ternakan, termasuk biri-biri, kambing, kuda dan lembu, pada akhir 2023. Cuaca ekstrem dikenali sebagai ‘dzud’ dan biasanya mengakibatkan kematian sejumlah besar ternakan. – AFP

    Gambar bertarikh 22 Februari menunjukkan seekor anjing melolong di sebelah biri-biri dan kambing yang mati di tengah-tengah keadaan cuaca yang sangat sejuk di Bayanmunkh, di wilayah Khentii Mongolia. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda