Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Lebih 2 juta pelancong berkunjung ke Filipina

    MANILA, 15 NOV – Lebih dua juta pelancong melawat Filipina sejak Februari dan sektor pelancongan menjana pendapatan lebih AS$1.76 bilion, lapor Xinhua memetik Setiausaha Pelancongan Filipina Christina Frasco hari ini.

    Jabatan Pelancongan (DOT) memaklumkan seramai 2,025,421 pengunjung tiba di Filipina setakat 14 November.

    Data DOT memaparkan 1,487,343 atau 73.43 peratus daripada jumlah ketibaan pelancong terdiri pelancong asing manakala 538,078 atau 26.57 peratus lagi warga Filipina di luar negara.

    Frasco berkata jumlah pelancong itu jauh melebihi unjuran DOT iaitu sekitar 1.7 juta orang.

    “Data menunjukkan bahawa terdapat permintaan yang tinggi untuk melancong ke negara kita dan langkah kerajaan untuk mengutamakan sektor pelancongan satu langkah tepat ke arah pemulihan,” katanya.

    Ketibaan pelancong dari Februari hingga September tahun ini menjana pendapatan 100.7 bilion peso (kira-kira AS$1.76 bilion) meningkat 1,938 peratus daripada 4.94 bilion peso (kira-kira AS$86 juta) yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas, menurut DOT.

    Data DOT menunjukkan Amerika Syarikat, Korea Selatan, Australia, Kanada dan Britain merupakan pelancong utama yang melawat Filipina.

    Sepuluh negara lain yang turut tersenarai ialah Jepun, India, Singapura, Malaysia dan Vietnam.

    Beliau berkata jabatan pelancongan menjangkakan kira-kira 2.4 juta pelancong akan melawat Filipina menjelang akhir 2022.

    Pada Oktober, Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos berkata industri pelancongan menjadi antara pemacu berpotensi tinggi untuk transformasi (ekonomi) di saat negara itu pulih daripada pandemik COVID-19. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...