Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 20 maut akibat banjir di Pakistan

    ISLAMABAD, 20 OGOS – Lebih 20 orang terkorban akibat hujan monsun terbaharu yang melanda Pakistan sejak minggu lalu, menurut agensi pengurusan bencana negara itu, hari ini.

    Di Karachi, 10 mangsa dilaporkan maut akibat banjir kilat yang menyebabkan rumah runtuh dan kejadian renjatan elektrik, manakala 11 lagi terbunuh di wilayah utara Gilgit-Baltistan.

    Sejak Khamis lalu, lebih 400 kematian dilaporkan di wilayah bergunung-ganang Khyber Pakhtunkhwa bersempadan Afghanistan, berikutan tanah runtuh dan banjir lumpur.

    Secara keseluruhan, hampir 750 penduduk terkorban sejak musim monsun bermula pada Jun lalu, yang dijangka berlanjutan hingga hujung September.

    Pakistan, antara negara paling terdedah kepada kesan perubahan iklim, semakin kerap berdepan bencana cuaca ekstrem. Pada 2022, banjir monsun menenggelamkan satu pertiga wilayah negara itu dan meragut kira-kira 1,700 nyawa. – AFP

    Seorang lelaki membawa basikalnya ketika dia melalui jalan yang dinaiki air selepas hujan monsun lebat di Karachi hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda