Monday, December 2, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 20 maut akibat keracunan alkohol

    TEHRAN, 3 OKT – Kira-kira 26 orang maut di Iran selepas meminum minuman beralkohol yang mengandungi metanol toksik baru-baru ini, kata media kerajaan.

    Agensi berita rasmi IRNA melaporkan kelmarin metanol toksik telah membunuh lelaki dan wanita di pelbagai bandar dan pekan di wilayah utara Mazandaran dan Gilan serta wilayah barat Hamadan.

    Keracunan alkohol juga menyebabkan beratus-ratus ora ng dimasukkan ke hospital, kata IRNA.

    Sumber berkenaan minuman beralkohol itu tidak jelas dalam laporan.

    Pengambilan alkohol secara amnya dilarang di Iran sejak Revolusi Islam 1979 di mana tegahan Islam sudah mulai berkuatkuasa.

    Ramai orang Iran membeli minuman beralkohol daripada pengedar yang membuatnya secara rahsia.

    Sesetengah orang juga membuat alkohol di rumah untuk kegunaan peribadi. Metanol boleh mencemari alkohol yang ditapai secara tradisional.

    Keracunan alkohol telah meningkat di Iran dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2020, alkohol toksik telah membunuh lebih daripada 700 orang di negara itu. – AP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda