Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 20 maut, kapal pendatang karam di Senegal

    DAKAR, 29 FEB – Pasukan penyelamat me-ngeluarkan lebih 20 mayat dari laut di utara Senegal kelmarin selepas bot ke Eropah yang sarat dengan pendatang karam, kata seorang gabenor wilayah kepada AFP, dengan kebimbangan semakin meningkat untuk mangsa yang hilang.

    “Lebih daripada 20 mayat telah ditemui,” kata Gabenor wilayah Saint-Louis, Alioune Badara Samb melalui telefon, sambil menambah 20 lagi penumpang telah diselamatkan.

    “Sejak petang, kami telah melihat mayat dihanyutkan oleh air pasang,” katanya, dengan penyelamat tempatan dan tentera laut mencari mangsa yang selamat selepas malam.

    Badara Samb tidak menyatakan berapa ramai penumpang yang berada di atas kapal itu tetapi mangsa yang terselamat memberitahu AFP bahawa jumlah itu mungkin mencecah ratusan.

    Mamady Dianfo, mangsa yang terselamat dari Casamance di kawasan selatan negara itu, berkata terdapat kira-kira 300 penumpang ketika bot itu bertolak dari Senegal seminggu lalu.

    Seorang lagi mangsa yang terselamat, Alpha Balde, berkata terdapat 200 penumpang di atas kapal. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda