HONG KONG, 31 JULAI – Dakwaan dibaca hari ini ke atas lebih 20 penunjuk perasaan Hong Kong yang telah dituduh merusuh, dakwaan paling serius yang dikemukakan sejak tunjuk perasaan besar-besaran bermula di bandar pada bulan lalu.
Berdiri dalam hujan lebat, penyokong berkumpul di luar mahkamah dan melaung ‘Tuntut semula Hong Kong, revolusi era kami,’ dalam apa yang telah menjadi laungan harian.
Mereka membantah pengaruh China di bandar, wilayah separa autonomi China dengan undang-undang dan sistem perundangannya sendiri.
Polis berkata lewat semalam 44 orang telah didakwa merusuh dan seorang memiliki senjata berbahaya.
Tertuduh mendirikan sekatan jalan raya, memecah pagar, merosakkan papan tanda jalan raya dan menyerang pegawai polis dengan bata dan batang besi, kata penguat kuasa undang-undang dalam kenyataan. – AFP
