Sunday, June 30, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Lebih 20 tan dadah dimusnahkan di Thailand

    BANGKOK, 26 JUN – Thailand memusnahkan lebih 20 tan dadah yang bernilai 6.45 bilion baht (kira-kira AS$175 juta) pada Rabu sempena Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pemerdagangan Haram, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

    Dadah terbabit hasil rampasan daripada 41,800 kes dan kebanyakannya terdiri daripada dadah jenis methamphetamine.

    Ia adalah sebahagian daripada strategi menyeluruh negara Asia Tenggara itu yang merangkumi langkah-langkah pencegahan, pembasmian dan pemulihan, kata Menteri Kesihatan Awam Somsak Thepsutin.

    Pegawai kesihatan awam akan terus menyediakan rawatan dan perkhidmatan pemulihan yang berkesan serta membantu membongkar rangkaian dadah untuk mewujudkan persekitaran bebas dadah, katanya. – Bernama

    Seorang pegawai polis berkawal di hadapan dadah haram yang akan dibakar di Bang Pu di Wilayah Samut Prakan Thailand, kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...