Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Lebih 200 ahli PEMODA hadiri AGM ke-14

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Lebih 200 orang ahli Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA) telah menghadiri mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-14 yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, kelmarin.

    Pada mesyuarat itu, ahli-ahli persatuan telah sepakat untuk mengekalkan keempat-empat ahli jawatankuasa tertinggi bagi sesi 2022-2024 iaitu Yang Dipertua, Pengiran Haji Redzuan bin Pengiran Haji Ahmad; Naib Yang Dipertua, Awang Shahrin bin Shahbudin; Setiausaha Agung, Awangku Muhammad Nazih bin Pengiran Yussof dan Bendahari Agung, Haji Noor Aimee bin Haji Metamit.

    Sementara itu, jawatan bagi ahli-ahli jawatankuasa kerja di bawah PEMODA akan dipilih oleh empat jawatankuasa tertinggi serta akan diumumkan kemudian.

    Acara diteruskan dengan penyampaian Sijil Lantikan Ahli Kehormat PEMODA, Lencana Khas kepada ahli jawatankuasa sesi 2020-2022, Lencana Life Active Members; Lencana Outstanding Members 2020-2022 serta hadiah bagi Program Keep Fit & Ride iaitu acara sukan PEMODA.

    Penyampaian sijil dan lencana berkenaan adalah sebagai penghargaan kepada ahli-ahli yang telah banyak memberikan sumbangan kepada persatuan itu.

    PEMODA sebagai salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini akan terus maju ke hadapan bagi mengharumkan nama Brunei di persada dunia permotoran untuk menjadi sebuah persatuan motosikal berkuasa tinggi yang berkaliber.

    Ahli Jawatankuasa Tertinggi PEMODA bagi Sesi 2022-2024 yang dikekalkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan PEMODA ke-14 yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...