Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 200 anak yatim terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Seramai 246 orang anak yatim telah menerima sumbangan pada majlis anjuran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong B dengan kerjasama Arzwanina Sdn Bhd di Dewan Kemasyarakatan Sengkurong, petang kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sumbangan ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Zainol bin Mohamed. Turut menyampaikan sumbangan ialah Pengurus Syarikat Arzwanina, Haji Jabar Sadiq.

    Turut hadir ialah Penasihat MPK Sengkurong B, Dato Paduka Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Johan dan isteri; Penghulu Mukim Sengkurong, Dr Haji Abdullah Hanif bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman dan pemangku ketua-ketua kampung Mukim Sengkurong.

    Anak-anak yatim yang menerima adalah dari sembilan buah kampung di Mukim Sengkurong iaitu Kampung Sengkurong A, Sengkurong B, Jerudong A, Jerudong B, Kampung Mulaut, Kampung Tanjung Nangka, Kampung Katimahar, Lugu, Kulapis dan Kampung Selayun/Tagap.

    Sumbangan juga mengambil sukut berkat sambutan memperingati Nuzul Al-Quran bagi 2023.

    Beberapa orang penerima yang ditemu bual masing-masing mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Arzwanina dan MPK Sengkurong B atas sumbangan yang diberikan, dan tidak dilupakan juga mengucapkan terima kasih menjemput mereka sekeluarga untuk sama-sama berbuka puasa bersama.

    Majlis merupakan aktiviti tahunan MPK sempena bulan Ramadan yang antara lain bertujuan turut berbagi kebahagiaan dengan memberikan bingkisan Ramadan kepada anak-anak yatim dan membantu meringankan kesusahan mereka di samping menjaga kemaslahatan masyarakat dengan mewujudkan hubungan silaturahim dan ukhuwah sesama umat Islam dan perpaduan sejagat.

    Antara penderma yang menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim di Dewan Kemasyarakatan Sengkurong.
    Anak-anak yatim bagi kawasan mukim sengkurong hadir menerima sumbangan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda