MANILA, 1 JAN – Jabatan Kesihatan Filipina hari ini berkata sebanyak 116 kecederaan berkaitan bunga api pada Malam Tahun Baharu telah dilaporkan, yang menjadikan jumlah mangsa cedera di seluruh negara itu kepada 231 pada musim cuti perayaan tersebut.
Setiausaha Kesihatan, Teodoro Herbosa berkata mangsa yang cedera termasuk seorang budak lelaki berusia 11 bulan dan seorang warga emas berusia 76 tahun dan jumlah terkini, yang diambil dari Disember 2023, ‘mungkin lebih tinggi disebabkan kelewatan dalam laporan’.
Beliau berkata 71 peratus daripada mangsa adalah lelaki dan 93 peratus daripada kes baharu itu berlaku di rumah dan di jalanan. Hampir separuh daripada semua kecederaan berlaku di Metro Manila.
Herbosa berkata 11 daripada mereka yang mengalami kecederaan memerlukan pembedahan, manakala kebanyakan mangsa mengalami kecederaan pada jari dan mata. – Xinhua
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/01/P11-E-web-Freepik_02012024.jpg)