Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 200 perniagaan baharu didaftar Ogos lalu

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Meskipun pada ketika ini, di mana negara berhadapan dengan gelombang kedua penularan COVID-19, beberapa perniagaan terjejas, namun pada Ogos lalu terdapat sebanyak lebih 200 perniagaan baharu yang didaftarkan.

    Ini terjadi berkemungkinan disebabkan terdapat peluang baharu dalam perniagaan pada masa ini terutamanya bagi perniagaan makanan dan yang seumpamanya.

    Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di
    Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut Yang Berhormat Dato, penggunaan urusan dalam talian bagi sebarang pendaftaran perniagaan atau yang bersangkutan dengannya telah diperkenalkan sejak penularan
    COVID-19.

    Bagi orang ramai yang ingin membuat pendaftaran perniagaan mereka, bolehlah berbuat yang sedemikian dengan melayari portal dan laman sesawang yang disediakan tanpa perlu mengunjungi ke pejabat, ujarnya.

    Yang Berhormat Dato menambah bahawa sebarang pembayaran juga boleh dilakukan secara dalam talian dan apabila pendaftaran telah berjaya, sijil perniagaan juga akan diberikan dan dikirimkan melalui e-mel.

    Pendaftaran perniagaan atau yang bersangkutan dengannya kini boleh dilaksanakan secara dalam talian. – Gambar hiasan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda