BUENOS AIRES, 19 APRIL – Pihak berkuasa Amerika Latin menahan 14,260 individu dan merampas kira-kira 200 tan kokain sebagai sebahagian daripada operasi besar-besaran yang diketuai Interpol, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) memetik pertubuhan polis antarabangsa kelmarin.
Antara 12 Mac dan 2 April, pihak berkuasa merampas 203 tan kokain dan dadah lain bernilai kira-kira AS$5.7 bilion dan 372 tan prekursor dadah sebagai sebahagian daripada Operasi Trigger IX yang dibiayai oleh EU.
Kira-kira 8,263 senjata api terlarang dan kira-kira 305,000 butir peluru turut dirampas dalam operasi yang diselaraskan di 15 negara.
Secara keseluruhan, pihak berkuasa berjaya menumpaskan aktiviti 20 kumpulan penjenayah, termasuk sindiket jenayah Brazil, Primeiro Comando da Capital, kumpulan remaja Salvador Mara Salvatrucha dan Kartel Balkan, yang juga aktif di Amerika Selatan. – Bernama


