Saturday, October 12, 2024
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 200 wanita berunding penyelesaian tuntutan dengan Harrods

    LONDON, 11 OKT – Lebih 200 wanita kini dalam perbincangan penyelesaian dengan Harrods berhubung dakwaan penderaan oleh bekas pemiliknya, Mohamed Al Fayed, kata gedung mewah di London itu kelmarin.

    Jutawan Mesir itu meninggal dunia tahun lepas pada usia 94 tahun. Namun dakwaan baharu telah muncul selepas BBC bulan lalu menyiarkan sebuah dokumentari yang mendakwa dia telah merogol dan mendera wanita secara seksual semasa menjadi pemilik Harrods.

    “Sejak dokumentari itu disiarkan, setakat ini terdapat 200 individu yang kini dalam proses dengan Harrods untuk menyelesaikan tuntutan secara langsung dengan perniagaan itu,” kata kedai itu dalam satu kenyataan.

    Secara berasingan, BBC kelmarin berkata bahawa 65 lagi wanita telah memberitahu bahawa mereka didera oleh Fayed, manakala peguam bagi kumpulan Justice for Harrods Survivors yang mewakili mangsa berkata mereka kini mempunyai lebih daripada 70 pelanggan.

    Harrods menasihatkan pengadu baharu untuk mendapatkan nasihat melalui pasukan undang-undang Kumpulan Harrods Survivors atau pasukan undang-undang lain. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda