Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 2,000 jemaah haji alami tekanan haba

    MEKAH, ARAB SAUDI, 29 JUN – Lebih 2,000 jemaah haji mengalami tekanan haba semasa menunaikan haji, kata pegawai Arab Saudi Khamis, selepas suhu meningkat kepada 48 darjah Celsius semasa upacara tahunan.

    Lebih 1.8 juta orang menunaikan haji selama beberapa hari, kebanyakannya diadakan di luar bangunan pada kemuncak musim panas padang pasir Saudi. Pegawai Saudi berkata kira-kira 1,700 kes tekanan haba direkodkan pada hari ini sahaja – ketika sejumlah besar jemaah haji masih kekal di tapak suci, sehari selepas upacara utama selesai – ditambah kepada 287 yang dilaporkan sebelum ini.

    “Jumlah kes tekanan haba sejak awal hari ini telah mencecah 1,721,” kata kementerian kesihatan Arab Saudi, menggesa orang ramai menjauhi matahari dan minum banyak air.

    Pegawai tidak memberikan angka kematian tetapi sekurang-kurangnya 30 orang meninggal dunia semasa menunaikan haji, menurut jumlah yang diumumkan oleh pelbagai negara yang tidak menyenaraikan punca kematian. – AFP

    Seorang anggota keselamatan Saudi menyembur air pada jemaah haji di Mina, berdekatan bandar Mekah, Arab Saudi kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda