Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lebih 2,000 penumpang terjejas ekoran penerbangan dibatalkan

    TAWAU, 18 April – Lebih 2,000 penumpang dianggarkan terjejas ekoran beberapa penerbangan dari Lapangan Terbang Tawau dibatalkan susulan kejadian letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia semalam.

    Pengurus Lapangan Terbang Tawau, Rehan Dhafiq Azizan berkata terdapat penerbangan Airasia dan Malaysia Airlines dari Tawau dibatalkan, manakala penerbangan Firefly ditangguhkan setakat ini selain status ‘on hold’ bagi penerbangan Malindo. 

    “Jadual penerbangan memang ada dibatalkan, kita minta penumpang periksa dahulu status penerbangan masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita di lapangan terbang itu di sini, hari ini. Beliau berkata ketika ini keadaan di Lapangan Terbang Tawau tetap sibuk dan dipenuhi penumpang terkandas yang cuba mencari alternatif penerbangan gantian atau pertukaran masa serta tarikh baharu.

    “Kita masih buka kaunter pendaftaran masuk untuk memudahkan urusan penumpang yang mahu mengganti tarikh atau masa penerbangan baharu kerana kita tidak mahu mereka bersesak di kaunter syarikat penerbangan masing-masing kerana keadaan terhad,” katanya. Mengenai penerbangan untuk esok, beliau berkata setakat ini seperti dijadualkan bagaimanapun perkara itu bergantung kepada perkembangan situasi dari masa ke masa yang akan dimaklumkan Jabatan Meterologi Malaysia.

    Sementara itu, tinjauan di Lapangan Terbang Tawau mendapati rata-rata penumpang yang terkandas berharap syarikat penerbangan membuka kaunter pertanyaan yang lebih mesra pelanggan bagi memudahkan urusan.

    Bagi Profesor Madya Dr Mohd Hanif Hassan, pembukaan kaunter itu dapat memudahkan penumpang mendapat maklumat dengan lebih terperinci dan bukan hanya bergantung daripada makluman melalui e-mel atau panggilan telefon. 

    “Letak satu hotline di kaunter, kadang-kadang penumpang hanya nak tahu info bukan semata-mata mahu ubah jadual penerbangan, duduk di kaunter terangkan apa pelanggan mahu. Sekurangnya penumpang jelas apa yang berlaku sama ada perlu tunggu atau boleh balik berehat,” katanya yang sepatutnya berlepas dari Tawau ke Kota Kinabalu bersama keluarga pada 7:30 pagi tadi. – Bernama

    Penumpang pesawat Air Asia merakamkan jadual penerbangan ekoran kesemua penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 menuju ke Sabah, Sarawak dan Brunei telah dibatalkan sehingga lapan pagi esok. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...