Lebih 2,000 perusahaan bakal sertai BIBF ke-28

BEIJING, 9 SEPT – Ekspo Buku Antarabangsa Beijing (BIBF) ke-28 yang dijadualkan berlangsung selama lima hari secara hibrid mulai 14 September ini akan disertai 2,191 perusahaan dari 105negara dan kawasan seluruh dunia.

Menurut Naib Pengurus Besar Perbadanan Import dan Eksport Terbitan Kebangsaan China (CNPIEC), Lin Liying, jumlah negara terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan yang berdaftar untuk menyertai ekspo ini telah meningkat kepada 57 buah negara.

Jelas beliau, antara negara yang membuat kemunculan sulung seperti Algeria, Nigeria, Jamaica dan Laos.

Kata Lin, pada kali ini, perusahaan dalam dan luar negara China masing-masing adalah sebanyak 756 dan 1,435 buah. – Bernama