Friday, September 13, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 200,000 terjejas akibat banjir di Bangladesh

    DHAKA, 21 OGOS – Banjir di timur Bangladesh menyaksikan lebih 200,000 orang di beberapa mukim terjejas, kata seorang pegawai hari ini.

    Ketua Pentadbiran daerah Feni, Shahina Akhter berkata tiga mukim iaitu Phulgazi, Chhagalnaiya dan Porsuram terjejas teruk akibat banjir yang berpunca daripada hujan lebat.

    Hujan lebat hampir seminggu serta aliran sungai deras dari kawasan pergunungan di hulu menyebabkan sungai-sungai melimpah.

    “Anggota tentera bersama sukarelawan tempatan mula memindahkan penduduk yang terjejas ke tempat yang lebih selamat,” kata Akhter kepada agensi berita Jerman.

    Tiada laporan mengenai kematian atau orang hilang setakat ini. Pejabat cuaca tempatan merekodkan hujan sekitar 183 milimeter di daerah Feni hingga pagi hari ini, dan lebih banyak hujan diramalkan sehingga Jumaat. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda