PHNOM PENH, 24 OKT – Polis Kemboja berjaya menahan enam orang lelaki atas dakwaan penyeludupan dan memiliki lebih 200 kilogram dadah, menurut laporan pihak polis semalam.
Suspek berjaya ditangkap pada Jumaat semasa serbuan di sebuah kediaman di daerah Sre Ambeldo di wilayah pesisir Koh Kong, yang berkongsi sempadan dengan wilayah Thailand, Trat.
“Lebih 200kg hablur dipercayai dadah disimpan dalam 10 buah kotak dan sebuah bot kayu besar dirampas semasa serbuan,” kata pihak polis dalam laman sesawangnya.
Negara Asia Tenggara itu tidak melaksanakan hukuman mati kepada pengedar dadah. Di bawah undang-undang negara tersebut, sesiapa yang didapati bersalah menyeludup lebih 80 gram dadah terlarang akan dihukum penjara seumur hidup.
Jabatan Anti Dadah Kemboja melaporkan semasa bulan Januari hingga September tahun ini, pihak berkuasa telah menangkap 9,829 suspek dadah dalam 4,461 kes di seluruh negara, merampas kira-kira 1.05 tan dadah. – Xinhua