Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 2,100 barang makanan di Jepun akan naik harga

    TOKYO, 30 JUN – Sebanyak 2,105 jenis barang makanan di Jepun dijangka mengalami kenaikan harga pada Julai, didorong oleh peningkatan kos bahan mentah serta kos buruh, logistik dan utiliti yang lebih tinggi, menurut laporan Teikoku Databank, lapor Xinhua.

    Dengan syarikat memindahkan beban kenaikan kos kepada pengguna, jumlah keseluruhan produk makanan yang akan mengalami kenaikan harga pada 2025 mencecah 18,697 dan dijangka melepasi 20,000 seawal Julai, menurut laporan itu.

    Tinjauan terhadap 195 pengeluar makanan utama mendedahkan yang bahan perasa seperti pes kari dan stok sup mencatatkan jumlah kenaikan tertinggi iaitu sebanyak 1,445 item. Manisan seperti coklat dan gula-gula getah juga akan mengalami kenaikan harga, dengan sebahagiannya turut dikurangkan kandungannya.

    Makanan proses seperti produk beras dan sos pasta turut terjejas.

    Punca paling biasa yang dikaitkan dengan kenaikan ini ialah peningkatan kos bahan mentah, diikuti oleh kos buruh iaitu kadar tertinggi sejak data mula dikumpul pada 2023.

    Teikoku Databank turut memberi amaran ketegangan yang berterusan di Timur Tengah boleh meningkatkan harga minyak mentah, minyak makan dan gandum, sekali gus berpotensi menyebabkan kenaikan harga yang lebih meluas. – Bernama

    Orang ramai membeli-belah untuk buah-buahan dan sayur-sayuran di pasar hasil segar di kawasan Minowa di Tokyo pada 15 April lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda