Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 25 juta kanak-kanak tidak bersekolah – UNICEF

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 25 April – Lebih daripada 25 juta kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan umur antara enam dan 15 tahun adalah tidak bersekolah berikutan berlakunya zon konflik di 22 buah negara, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF ) berkata hari ini.

    Pada peringkat sekolah rendah, Selatan Sudan mencatatkan kadar tertinggi kanak-kanak tidak bersekolah dengan hampir 72 peratus kanak-kanak tidak mendapatkan pendidikan, diikuti Chad dan Afghanistan, kata Stephane Dujarric, jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, pada taklimat berita harian, memetik UNICEF. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda