Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 250,000 rumah tiada elektrik di Czech

    PRAGUE, 15 SEPT – Lebih 250,000 isi rumah di Republik Czech terputus bekalan elektrik akibat hujan lebat yang berterusan, menurut agensi CTK yang memetik pembekal tenaga, lapor agensi berita Jerman, dpa, hari ini.

    Situasi paling kritikal berlaku di bahagian timur Wilayah Moravia-Silesia yang bersempadan dengan Poland. Di kawasan itu sahaja, lebih 100,000 isi rumah terkesan tanpa bekalan elektrik.

    Hujan yang berterusan telah melembapkan tanah, menyebabkan banyak pokok tumbang menghempap talian elektrik dan talian voltan tinggi. Jabatan ramalan cuaca menjangkakan hujan akan berterusan sehingga Isnin.

    Terdapat gangguan ketara dalam trafik kereta api apabila pokok tumbang menghempap landasan dan air sungai yang melimpah membanjiri sebahagian landasan. Sekitar 40 laluan kereta api terpaksa ditutup sepenuhnya.

    Di stesen Studénka, laluan utama antara Prague dan Ostrava telah ditenggelami air.

    Akibatnya, banyak perkhidmatan Eurocity menuju ke Poland dan Slovakia dibatalkan.

    Pihak berkuasa menggesa orang ramai untuk mengelakkan perjalanan dengan kereta atau kereta api jika boleh. – Bernama

    Seorang wanita berdiri di hadapan sebuah pangsapuri di kawasan kediaman yang dilanda banjir akibat sungai Opava di Republik Czech, pada 15 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda