Oleh Hajah Saemah Kepli
KUALA BELAIT, 25 Jun – Lebih 30 orang anak yatim Kampung Pandan B menerima sumbangan derma pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya yang berlangsung di rumah Ketua Kampung Pandan B, Haji Abdul Malik bin Haji Abu Bakar, hari ini.
Majlis tahunan itu yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Pandan B adalah bertujuan untuk meringankan beban dan menggembirakan anak-anak yatim bersempena Aidilfitri ini di samping mengeratkan hubungan silaturahim bersama para penduduk kampung.
Sumbangan yang dihulurkan bersama oleh Haji Abdul Malik dan Syarikat Fitstop Fitness Studio Lumut telah pun disampaikan oleh Haji Abdul Malik dan Dayang Zahara binti Haji Karia.
Majlis turut dimeriahkan dengan sesi ramah mesra sambil menikmati pelbagai juadah Hari Raya.