FRANKFURT, 6 NOV – Lebih 30 pelajar dan guru cedera selepas gas perengsa dilepaskan di sebuah sekolah di barat daya Jerman, menurut polis kelmarin, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.
Menurut kenyataan, seramai 29 pelajar dan tiga guru mengalami kerengsaan pada saluran pernafasan dan mata.
Sebahagian mangsa dibawa ke hospital, manakala yang lain dirawat di lokasi kejadian di bandar Spiesen-Elversberg, yang terletak berhampiran sempadan Perancis di barat daya Frankfurt.
Polis terus memburu suspek manakala jenis gas sebenar yang dilepaskan masih belum dikenal pasti.
Kira-kira 170 orang berada di dalam sekolah ketika insiden itu berlaku, iaitu kira-kira 11:30 pagi. – Bernama


