Thursday, March 20, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 30 hadiri upacara naikkan bendera India

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Lebih 30 orang warga India yang bekerja di negara ini menghadiri upacara menaikkan bendera Republik India bagi meraikan Hari Republik India ke-73 yang berlangsung di Suruhanjaya Tinggi India di Brunei Darussalam, Kampung Sungai Akar, hari ini.

    Pada majlis itu, Charge d’Affaires di Suruhanjaya Tinggi Republik India di Brunei Darussalam, Alok Verma menaikkan bendera negara berkenaan diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan.

    Sejurus upacara menaikkan bendera negara itu, Alok Verma membacakan teks ucapan daripada Presiden India, Shri Ram Nath Kovind.

    Dalam ucapan itu, Presiden India antara lain menyatakan bahawa pandemik COVID-19 telah menyebabkan beratus ribu orang telah meninggal dan ia turut menjejaskan ekonomi dunia.

    “Langkah pengawalan penularan COVID-19 yang diteruskan sehingga sekarang ialah dengan pemakaian pelitup muka dan membuat penjarakan sosial,” ujarnya.

    Charge d’Affaires Suruhanjaya Republik India membacakan teks ucapan daripada Presiden India, Shri Ram Nath Kovind.
    Alok Verma semasa upacara menaikkan bendera sempena Hari Republik India ke-73 tahun di Suruhanjaya Tinggi India di Brunei Darussalam, Kampung Sungai Akar, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda