BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Mei – Seramai 319 orang amil telah dilantik bagi 140 kawasan tempat mengutip zakat di seluruh negara iaitu Daerah Brunei dan Muara seramai 182 orang bagi 80 kawasan mengutip zakat, Daerah Belait seramai 24 orang bagi 15 kawasan, Daerah Tutong seramai 51 orang bagi 29 kawasan dan 24 orang di Daerah Temburong bagi 12 kawasan.
Manakala itu, di Jabatan Majlis Ugama Islam telah dilantik seramai 38 orang amil bagi empat kawasan mengutip zakat yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan tersebut.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)