
SERIA, 27 Feb – Seramai 332 orang pelajar yang mengikuti Program ‘Satu Minggu Satu Juzuk’ (1M1J) telah diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Pusat Insani, di sini, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Ustaz Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan isteri.
Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja’ah dan Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Abdol Hazis bin Haji Ahad. (Klik di sini untuk cerita lanjut)