Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 300 pelajar SASHHB diraikan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Lebih 300 orang pelajar Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB) telah diraikan pada Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Sesi 2022 sebagai pengiktirafan dan penghargaan atas kejayaan yang dicapai hasil usaha gigih sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah.

    Pelajar yang diraikan adalah pelajar cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun, Penilaian Sekolah Rendah (PSR), Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan Brunei Cambridge GCE O Level bagi 2022.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pelajar yang diraikan pada majlis yang diadakan di dewan serba guna sekolah berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang.

    Majlis tahunan itu diharapkan menjadi pencetus semangat dan motivasi kepada pelajar lain untuk mencapai kejayaan serupa pada masa akan datang.

    Selain pencapaian dalam bidang akademik, pelajar SASHHB turut mencapai kejayaan dalam bidang Kokurikulum antaranya Johan Pertandingan Hadrah Sekolah-Sekolah Menengah Senegara Tahun 2022, Johan Pertandingan Kata-kata Pantang Larang Orang Tua-tua Peringkat Sekolah-sekolah Rendah Senegara Tahun 2022, serta Juara Pertandingan Qiraat Zikir dan Selawat Sekolah-sekolah Rendah dan Maktab-maktab Senegara 2022.

    Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian Hadiah Khas bagi Pelajar Cemerlang Dalam Peperiksaan SPUB dan BCGCE O Level 2022.

    Haji Mohd Serudin ketika bergambar bersama salah seorang pelajar yang diraikan pada majlis itu. – Gambar oleh Rokiah Mahmud

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda