Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Haji Busu bin Haji Nudin dan Cecilia Maksimon, masing-masing berjaya muncul juara bagi Kategori Lelaki dan Wanita dalam Berlusir Trail Challenge 2019.
Cabaran yang diadakan di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar itu mendapat sambutan yang menggalakkan apabila seramai 340 peserta tidak melepaskan peluang untuk menyertai cabaran yang dianjurkan oleh BS Event Management dengan kerjasama pelari elit daripada Pasukan Belusir.
Hadir pada acara tersebut dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Pemangku Pengarah Perhutanan di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Hajah Noralinda binti Haji Ibrahim.
Acara tersebut diteruskan dengan penyampaian cek sumbangan kepada Majlis AIDS Brunei Darussalam.
