Saturday, February 24, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Lebih 300 warga Vietnam di zon konflik di Myanmar dihantar balik

    HANOI, 5 DIS – Seramai 338 rakyat Vietnam yang terkandas di zon konflik di utara Myanmar telah selamat dihantar pulang ke negara mereka hari ini.

    Penghantaran balik itu dilakukan oleh Kementerian Luar Vietnam (MoFA), Kementerian Keselamatan Awam, agensi berkaitan dan negara rakan kongsi, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

    Lebih 800 warga Vietnam telah diberikan dokumen perjalanan dan boleh dihantar pulang, menurut Kedutaan Vietnam di Myanmar.

    Kebanyakan mangsa yang dihantar balik membabitkan golongan muda termasuk mereka yang bekerja dengan organisasi perjudian dalam talian di negeri-negeri utara Myanmar, yang ditinggalkan oleh majikan mereka dan terkandas akibat konflik antara tentera Myanmar dan etnik minoriti tempatan.

    Menurut laporan media, tentera Myanmar kini berhadapan cabaran terbesar sejak rampasan kuasa pada 2021, apabila tiga pasukan minoriti etnik melancarkan serangan terancang pada akhir Oktober. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh rancang hasilkan vaksin FMD untuk ternakan

    DHAKA, 23 FEB - Menteri Perikanan dan Ternakan Bangladesh, Abdur Rahman berkata kerajaan mempunyai rancangan untuk menghasilkan vaksin penyakit kaki dan mulut (FMD) untuk...