Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 3,000 kes jenayah seksual bawah 18 tahun direkod dalam tempoh tiga tahun

    KUALA LUMPUR, 14 NOV – Sebanyak 608 daripada keseluruhan 3,093 kes jenayah seksual melibatkan individu di bawah 18 tahun yang berlaku dalam tempoh 2023 hingga Oktober tahun ini, direkodkan berlaku di kawasan sekolah.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 1,760 kes dicatat berlaku pada 2023, manakala pada 2024 sebanyak 1,041 kes dan 892 kes lagi dari Januari hingga Oktober tahun ini.

    “Jumlah tangkapan kes bagi tempoh sama sebanyak 3,601, membabitkan 1,194 tangkapan pada 2023 dan 1,348 pada 2024 serta 1,059 bagi tempoh Januari hingga Oktober lepas,” katanya pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat kelmarin.

    Bagi menangani isu itu, beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) telah menubuhkan Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan, yang berperanan meneliti dan memperkukuh langkah keselamatan di sekolah.

    Jawatankuasa itu menggabungkan pelbagai kepakaran termasuk akademik, agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM), selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). – Bernama

    M. Kulasegaran berucap semasa Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 13 November. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda