Thursday, January 16, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 3,000 rakyat M’sia terkandas dibawa pulang

    KUALA LUMPUR, 31 MAC – Seramai 3,201 rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara berjaya dibawa pulang melalui misi repatriasi yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, sumbangan parti politik dan pihak swasta, setakat ini.

    Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar, bagaimanapun berkata 4,374 rakyat Malaysia dilapor masih terkandas di 56 negara, dengan jumlah paling ramai di India membabitkan 2,156 orang.

    Antara negara lain yang merekodkan jumlah rakyat Malaysia terkandas ialah Indonesia (680 orang); Thailand (337); Australia (226); New Zealand (153); Arab Saudi (121); Pakistan (128); Filipina (54); Sri Lanka (50) dan Emiriah Arab Bersatu (43). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda