Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih $300,000 diterima untuk mangsa gempa Turkiye dan Syria

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JULAI – Sejumlah $303,626.16 telah diserahkan untuk Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Republik Turkiye dan Republik Arab Syria pada majlis yang berlangsung di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

              Sumbangan berkenaan adalah daripada Jabatan Hal Ehwal Ugama (JHEM) dan syarikat-syarikat telekomunikasi iaitu Datastream Digital Sdn Bhd (DST), Progresif Sdn Bhd dan imagine Sdn Bhd.

    Hadir bagi menerima sumbangan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku penasihat-penasihat bersama tabung kemanusiaan berkenaan.  

     

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menerima sumbangan daripada DST sambil disaksikan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

     

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda