Saturday, January 18, 2025
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 300kg sampah dikutip

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Untuk meningkatkan kesedaran bersama dalam melindungi alam sekitar, Jerudong Park Medical Centre (JPMC) telah mengadakan kempen kebersihan di Pantai Jerudong, hari ini, di mana lebih 300 kilogram (kg)sampah telah dikutip.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Pengarah Eksekutif JPMC yang menekankan antara kesan membuang sampah kepada persekitaran marin.

    Ini termasuk merosakkan ekosistem dan memusnahkan suasana keindahan pantai untuk dinikmati golongan generasi akan datang.

    Yang Berhormat Dato juga berharap, kempen sedemikian dapat menyumbang kepada perubahan tingkah laku jangka panjang dan menggalakkan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar.

    Turut hadir pada majlis itu ialah para ahli pengurusan JPMC, ketua-ketua jabatan dan 70 orang sukarelawan.

    Sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun Jubli Perak ke-25 JPMC, JPMC Environmental CSR telah menganjurkan acara tersebut dengan kerjasama Borneo United Enterprise Sdn Bhd.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bergambar ramai bersama peserta yang menyertai kempen kebersihan anjuran JPMC kelmarin. – Gambar serahan JPMC
    Antara yang mengambil bahagian dalam kempen kebersihan di Pantai Jerudong kelmarin. – Gambar serahan JPMC

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda