Lebih 3,200 ditahan dalam Op Benteng

KUALA LUMPUR, 29 JULAI – Lebih 3,200 termasuk 2,491 migran ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) dari 1 Mei hingga semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata turut ditahan dalam tempoh itu ialah 596 tekong serta 144 penyeludup selain mengusir  257 pendatang tanpa izin, sembilan tekong dan 37 bot yang terlibat dalam percubaan menceroboh sempadan negara.

“Sebanyak 96 bot dan 257 kenderaan turut ditahan. Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 62 sekatan jalan raya di seluruh negara dan memeriksa 28,589 kenderaan bagi mengekang kemasukan penda-tang tanpa izin terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama