Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lebih 3,900 bakal meriahkan sambutan Hari Kebangsaan

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Adib Noor

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Acara kemuncak Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2023 dengan tema ‘Menjayakan Wawasan Negara’ akan diadakan Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

    Pada tahun ini, tujuh buah kumpulan iaitu dengan lebih 3,900 peserta dijangka turut serta dalam acara perbarisan lalu iaitu Kepala Perbarisan, Keamanan Negara, Masyarakat Bestari, Sektor Awam dan Swasta, Sektor Pendidikan, Pergerakan Awam dan Pasukan Cemerlang.

    Perkara berkenaan dikongsikan oleh Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan selaku Setiausaha Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, pada sidang media di Dewan Citra, Bangunan KKBS, hari ini.

    Beliau telah mengongsikan maklumat-maklumat mengenai acara-acara utama, sampingan dan keraian serta persiapan-persiapan yang telah dilaksanakan bagi sambutan tersebut.

    Menurut beliau, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu`izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat bercemar duli ke majlis-majlis utama sambutan.

    Pengiran Haji Mohd Hasnan semasa mengadakan sidang media di Dewan Citra, KKBS, kelmarin.
    Pengiran Muhammad Fakhrullah, pemenang mereka logo Hari Kebangsaan menerima hadiah.
    Antara wakil kementerian menerima poster Hari Kebangsaan yang disampaikan oleh Pengiran Haji Mohd Hasnan.

    “Baginda akan berangkat ke Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran, Upacara Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, dan Riadah Berbasikal Semangat Hari Kebangsaan,” tambahnya.

    Beliau turut menyatakan, tema sambutan masih dikekalkan seperti tahun lalu yang mana ia kekal relevan kerana dalam perjalanan untuk mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035.

    Tema juga menekankan kepada warisan budaya sebagai jati diri bangsa yang sentiasa relevan dengan pembangunan negara dan bangsa.

    Beliau seterusnya menyentuh mengenai logo sambutan tahun ini yang bermotifkan himpunan reka bentuk tradisional dan berbentuk utap lambang ketahanan bangsa yang matang, berlandaskan warisan budaya sebagai jati diri bangsa.

    Rekaan logo sambutan pada tahun ini telah dimenangi oleh Pengiran Muhammad Fakhrullah bin Pengiran Haji Hamdillah.

    Manakala itu, tema persembahan membawakan tajuk ‘Warisan Budaya: Jati Diri Bangsa’ yang mengetengahkan persembahan lagu-lagu tradisional dan patriotik dam akan dipersembahkan oleh seramai 2,839 orang peserta dan 120 orang pemuzik tradisional merangkumi pelbagai peringkat umur.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...