Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Lebih 40 cedera pesawat tergelincir di China

    CHONGQING, 12 MEI – Lebih 40 penumpang cedera selepas sebuah pesawat tergelincir dari landasan dan terbakar sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang di Perbandaran Chongqing barat daya China kira-kira 8 pagi ini, lapor Xinhua.

    Menurut sumber lapangan terbang, penerbangan TV9833 Tibet Airlines itu dijadual berlepas dari Chongqing menuju ke Nyingchi di Tibet, membawa 113 penumpang dan sembilan anak kapal.

    Anak kapal membatalkan pener-bangan selepas mengesan sesuatu yang pelik dalam pesawat Airbus A319 itu. Pesawat itu terbakar di kiri bahagian hadapan pesawat selepas tergelincir dari landasan.

    Kesemua yang berada di dalam pesawat telah dipindahkan dan mangsa cedera dihantar ke hospital.

    Buat masa ini, satu landasan di lapangan terbang itu ditutup manakala dua lagi beroperasi seperti biasa.

    Siasatan ke atas kemalangan itu sedang dijalankan. – Bernama

    Anggota bomba memeriksa pesawat yang terbakar selepas tergelincir ke luar landasan di Chongqing, China pada 12 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...