Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 40 kenderaan terlibat dalam kemalangan

    BUDAPEST, HUNGARY, 12 MAC – Puluhan kenderaan terlibat dalam kemalangan di Hungary, menyebabkan beberapa orang mengalami kecederaan dan mengakibatkan beberapa buah kenderaan terbakar, kelmarin.

    Polis menyatakan kemalangan yang melibatkan lima buah treler dan 37 kenderaan lain berlaku di lebuh raya M1 kira-kira 25 kilometer barat Budapest, ibu negara Hungary.
    Kemalangan itu mengakibatkan 19 buah kenderaan terbakar dan 36 orang cedera, termasuk seorang mengalami kecederaan yang mengancam nyawa dan 13 lagi serius, kata polis.

    Pihak Berkuasa Perlindungan Bencana Negara Hungary dalam satu kenyataan menyatakan kebakaran berjaya dipadamkan dan empat helikopter penyelamat serta empat pasukan pemadam kebakaran dan penyelamat daripada beberapa bandar berhampiran telah tiba di tempat kejadian untuk merawat pesakit yang cedera.

    Pihak berkuasa telah menutup lalu lintas di kedua-dua arah lebuh raya M1 kerana operasi pembersihan yang berterusan hingga ke petang.

    Jurucakap perkhidmatan ambulans negara, Pal Gyorfi enggan mengulas mengenai punca kemalangan, menurut stesen TV Hungary, M1.- AP

    Anggota bomba berusaha memadam kebakaran kereta selepas beberapa trak dan kereta terbabas di lebuh raya M1 berhampiran Herceghalom, Hungary. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda