Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 40 pelajar SMK diraikan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JUN – Lebih 40 orang pelajar telah diraikan dalam Majlis Penganugerahan Graduan Sekolah Menengah Katok (SMK) BEST 2022 yang berlangsung di dewan sekolah tersebut, petang tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis sekali gus menyempurnakan penyampaian anugerah kepada para pelajar ialah Pegawai Kluster I, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Dayang Norahtina Seriyati binti Haji Omar, yang dialu-alukan oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran, SMK, Hajah Siti binti Pungut.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Pengetua SMK, Dayang Penroose Saleha binti Haji Mohd Salleh yang diwakili oleh Hajah Siti, berkata bahawa kejayaan dan kecemerlangan itu bukanlah satu destinasi tetapi satu perjalanan dan kembara yang tiada batas sempadan.

    Tekannya, kecemerlangan hendaklah dijadikan budaya dan sebati dalam setiap aspek kehidupan dan jangan pernah berhenti meskipun sudah menamatkan zaman persekolahan.

    Majlis penganugerahan berkenaan telah dibahagikan kepada lima kategori khas iaitu Anugerah Pelajar Cemerlang bagi Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O Level 2022 yang diberikan kepada 29 orang pelajar; dan Anugerah Cemerlang dalam Mata Pelajaran bagi Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O Level 2022 kepada enam orang pelajar.

    Secara keseluruhannya, seramai 47 orang pelajar diraikan SMK BEST termasuklah penerima bagi Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan Tahun 11 Special Applied Programme 2022 (11BTEC) dan Anugerah Special Mention Program Pra-Vokasional 2022.

    Seorang pelajar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan bagi Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O Level 2022; dan 14 menerima Anugerah Pelajar Beriltizam bagi Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O Level 2022.

    Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian anugerah kepada 17 guru cemerlang yang mencapai sasaran dalam mata pelajaran Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O Level 2022 dan Peperiksaan SPE 2022.

    Dayang Norahtina Seriyati menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar yang diraikan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda