Oleh Hajah Saemah Kepli KUALA BELAIT, 25 Sept – Dalam usaha untuk menceriakan Daerah Belait dengan mengadakan acara-acara yang menarik untuk kunjungan orang ramai, Kumpulan Shama King Kuala Belait telah menganjurkan Pertandingan Seni Suara dan Gaya Burung bagi Daerah Belait yang berlangsung di kawasan lapang berdekatan Gerai Tudung Saji, di sini, hari ini.