Wednesday, March 26, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 400 berentap dalam pertandingan burung

     

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 25 Sept – Dalam usaha untuk menceriakan Daerah Belait dengan mengadakan acara-acara yang menarik untuk kunjungan orang ramai, Kumpulan Shama King Kuala Belait telah menganjurkan Pertandingan Seni Suara dan Gaya Burung bagi Daerah Belait yang berlangsung di kawasan lapang berdekatan Gerai Tudung Saji, di sini, hari ini.

    Pertandingan yang pertama kali diadakan di Belait itu juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan berkongsi pengalaman serta mempromosikan burung-burung peliharaan dan keperluan seperti makanan, sangkar dan sebagainya kepada orang ramai amnya dan khususnya kepada penggemar-penggemar pemelihara burung.

    Bercakap dengan Pengerusi Kumpulan Shama King, Awang Mohd Yusof bin Abdul Rahman memberitahu, pertandingan itu dibahagikan kepada empat kategori iaitu Burung Murai Batu Kepala Hitam, Burung Murai Batu Kepala Putih, Murai Kampung @ Kalijiau dan Burung Suit Mata Putih @ Pleci yang dihakimkan dari segi bunyi, gaya burung, kecantikan bulu dan keunikan serta kecantikan hiasan atau reka bentuk sangkar.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda