Wednesday, February 19, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 400 hadiri Majlis Perhimpunan Wanita

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 28 SEPT – Lebih 400 orang muslimah telah menghadiri Majlis Perhimpunan Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Daerah Tutong bagi Tahun 1445 Hijrah bersamaan 2023 Masihi, hari ini, berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah isteri Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Pengiran Datin Hajah Noor Yashimah binti Pengiran Anak Haji Hashim.

    Majlis dimulai dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh guru Mahad Islam Brunei, Dayang Siti Halimatus-Saadiah binti Haji Salim yang turut membacakan Doa Selamat di akhir majlis tersebut.

    Majlis turut diisikan dengan alunan tarannum ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Guru Ugama Tingkat II, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Daerah Tutong, Hajah Norlaila binti Haji Metusin.

    Acara diteruskan dengan ceramah khas bertajuk ‘Menghayati Sunnah Rasulullah SAW’ telah disampaikan oleh Da’ie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Dayang Zati Hanani binti Dato Seri Setia Haji Rajid selaku penceramah undangan.

    Menerusi ceramah khas berkenaan, beliau antaranya menyatakan Rasulullah SAW diutus kepada manusia keseluruhannya untuk mengajar mereka akan hukum-hukam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ke atas manusia dan ajaran Baginda inilah dinamakan Sunnah atau perjalanan Rasulullah SAW.

    “Sunnah Rasulullah SAW itu pula merangkumi perkara akidah, akhlak dan syariat (hukum). Sunnah Baginda meliputi semua perkara dalam kehidupan terutamanya memerintahkan manusia untuk taat kepada Allah Tuhan semesta alam dan beribadat kepadaNya, menyuruh manusia berakhlak mulia, menyuruh anak-anak untuk berbuat baik kepada ibu bapa, memerintahkan umat Islam untuk menuntut ilmu bagi menambah keimanan, memandu dalam perkara muamalah dan seumpamanya,” ujarnya.

    Pengiran Datin Hajah Noor Yashimah hadir bersama tetamu lain pada majlis yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, kelmarin. – Gambar oleh Nurdiyanah R.
    Dayang Zati Hanani semasa menyampaikan ceramah khas pada majlis tersebut. – Gambar oleh Nurdiyanah R.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda