Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Lebih 400 haiwan diselamatkan dari perdagangan haram

    MADRID, 19 OKT – Polis Sepanyol berkata mereka telah menyelamatkan lebih daripada 400 haiwan, kebanyakan anjing dan kucing, sebagai sebahagian daripada operasi yang memusnahkan rangkaian perdagangan haiwan peliharaan antarabangsa dengan penangkapan 13 orang.

    Kumpulan itu disyaki mengimport haiwan dari Timur Eropah secara haram dengan menggunakan kenderaan yang kecil dan kurang pengudaraan, melalui jarak lebih daripada 2,000 kilometer, menurut kenyataan polis.

    Mereka berkata keadaan yang tidak bersih menyebabkan beberapa haiwan menderita penyakit berjangkit. Sesetengah mati akibat penganiayaan.

    Pihak berkuasa mengesyaki kumpulan itu memalsukan dokumen untuk menggambarkan haiwan yang sakit sebagai sihat apabila ia dijual.

    Polis memulakan siasatan mereka pada penghujung 2020 selepas mereka menerima beberapa aduan mengenai keadaan tidak bersih di sebuah kedai haiwan peliharaan di bandar Barcelona.

    Polis kemudian menyelamatkan 33 ekor anjing yang sakit dan mendapati ‘dokumen haiwan mempunyai anomali yang jelas’, yang menyebabkan mereka untuk mengambil tahu dari mana haiwan peliharaan itu berasal. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...