Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 400 pekerjaan baharu ditawarkan sejak 7 Ogos

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Sejak 7 Ogos lalu hingga ke hari ini, terdapat 457 pekerjaan baharu yang ditawarkan bagi para pencari kerja tempatan yang mana 344 daripadanya adalah tawaran secara langsung dan 113 jawatan lagi bagi Program Perantisan i-Ready.

    Setakat ini, lebih kurang 100 jawatan yang ditawarkan telah diisi manakala itu, dalam program i-Ready pula menyaksikan sebanyak 36 jawatan telah diisikan.

    Perkara itu dikongsikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekono-mi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Beliau turut mengongsikan bahawa menurut pemantauan yang dijalankan oleh Sekretariat Majlis Perancangan Tenaga Manusia dan Pekerjaan (MPEC) pada ketika ini, masih terdapat lebih kurang 2,800 kekosongan yang ditawarkan untuk diisi.

    Yang Berhormat Dato juga menjelaskan bahawa meskipun terdapatnya sekatan pada ketika ini disebabkan penularan COVID-19, proses pengambilan pekerjaan masih dapat dilakukan dengan sesi temu duga secara dalam talian dan sebagainya.

    Sektor-sektor yang menawarkan jawatan kosong kebanyakannya dalam sektor perniagaan runcit selain perkhidmatan makanan seperti restoran-restoran di samping dalam industri perhotelan dan pekerjaan-pekerjaan profesional lainnya termasuklah dalam sektor minyak dan gas, pendidikan serta infokomunikasi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda